Taklimat KDB Kolaborasi PI Serkam, PI Chabau & PI Taman Paya Dalam

3 Ogos 2018 | Jumaat
8.00 pagi – 2.00 petang | Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Melaka

Tujuan:
- Sasaran khusus program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan penjaga mereka (ibu-bapa, penjaga).

- Dengan adanya program ini, pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar diharap dapat menjana ekonomi Negara, selain turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia.

Kelebihan:
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
- Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Penglibatan:
Para Pelajar Sekolah.

Nama VIP:
1. Hjh. Nor Afzan Binti Mat Salleh(Pengetua SMK Tun Syed Zahiruddin).
2. Hjh Ramlah Bt Hj Amin(GPK Tingkatan 6).
3. Guru-guru SMK Tun Syed Zahiruddin.

Perlaksanaan Aktiviti:
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama