PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PEDI : EKSPRESI REMAJA POWER
Aktiviti terkini | 3 Disember 2021Tempat Aktiviti:
SMK Malim, Melaka
Nama VIP:
Mohamad Nor bin Jaafar (Pengetua SMK Malim, Melaka)
Ringkasan Aktiviti :
Program ini diadakan di SMK Malim kerjasama bersama KafeTEEN Melaka dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Paya Dalam. program ini bertujuan untuk berkongsikan tentang teknik menangani stress dan pengetahuan pelajar mengenai seksualiti remaja.
Tujuan :
• Untuk mendapat maklumat dan pengetahuan yang lengkap dan mencukupi tentang seksualiti di kalangan remaja.
• Remaja mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan maklumat dan pendidikan mengenai kesihatan seksual dan reproduktif mereka.
• Pengetahuan dan maklumat tentang kesihatan seksual yang mencukupi akan mempengaruhi keputusan remaja untuk memulakan aktiviti seksual, serta menurunkan risiko untuk kehamilan yang tidak diingini,
dan memberi perlindungan terhadap penyakit-penyakit kelamin.
• Maklumat mengenai kesihatan seksual dapat diperolehi daripada orang dewasa yang bertanggungjawab, dan dari punca-punca maklumat yang sahih bagi memastikan remaja mendapat maklumat yang tepat.
• Ini akan mempengaruhi tingkah laku seksual serta kemahiran remaja membuat keputusan.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program diadakan secara atas bersemuka di SMK Malim, Melaka.
• Antara aktiviti program yang diadakan adalah pengenalan Pusat Remaja KafeTEEN, Aplikasi myKafeTEEN dan pendaftaran sahabat.
• Teknik menangani stress remaja, seksualiti remaja, menghindari situasi berisiko tinggi dan kemahiran teknik penolakan.
• Mini kuiz juga dilakukan bersama-sama pelajar SMK Malim.
Kelebihan Aktiviti :
• Remaja diberikan pendedahan tentang kesihatan seksual yang mencukupi akan mempengaruhi keputusan remaja untuk memulakan aktiviti seksual, serta menurunkan risiko untuk kehamilan yang tidak diingini,
dan memberi perlindungan terhadap penyakit-penyakit kelamin.
• Nikmati hubungan yang sihat tanpa terlibat dengan aktiviti seks sebelum berkahwin.
• Mengetahui akibat daripada hubungan seksual, kehamilan remaja dan jangkitan seksual.
• Memperkasakan pendidakan seksual sejak di peringkat awal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :