PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK & EDARAN SIMKAD PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti terkini: 9 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan SMK Iskandar Shah

Nama VIP:
• Guru Penyelaras Bestari :Khadijah binti Mohd Abdul Karim

Ringkasan Aktiviti:
Para Pelajar SMK Iskandar Shah mengikuti Program Advokasi Klik Dengan Bijak serta Edaran Simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia. Para Pelajar dapat mengetahui bagaimana untuk melayari internet dengan selamat, bijak dan berhemah.

Tujuan Aktiviti :
• Memberikan pendedahan kepada pelajar supaya tidak mudah terjebak dengan pengantunan dalam talian, buli siber, pengantunan seksual, buli siber dan penggunaan internet bermasalah.
• Supaya murid-murid bijak mengunakan media sosial.
• Pelajar dapat belajar cara yang terbaik melayari internet.
• Berfikir sebelum membuat sesuatu perkara di laman sosial.
• Edaran simkad percuma kepada para pelajar.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program Advokasi Klik Dengan Bijak dan Edaran Simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia.
• Pelajar berkumpul di perpustakaan sekolah.
• Seramai 28 orang murid yang mengikuti program tersebut 79 orang pelajar menerima simkad percuma.
• Program berlangsung mengikuti masa yang telah ditetapkan oleh sekolah.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mengajar pelajar supaya bijak dalam penggunaan aplikasi sosial media.
• Mengajar pelajar supaya tidak menjadi mangsa pengantunan dalam talian, seksual dan buli siber di sosial media.
• Tidak mudah terpadaya dengan pengantunan dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :