PENGATURCARAAN MICROBIT – FUTURE SKILL FOR ALL (FS4A) PENGAJARAN 1, 2 & 3 (SESI 2)
Aktiviti terkini: 9 Julai 2023Tempat Aktiviti:
PEDi Air Panas.
Nama VIP:
Tiada
Ringkasan Aktiviti:
Semua peserta berkumpul dan sesi pengajaran Microbit-Future Skill 4 All -Pengajaran 1,2 & 3 sesi 2 berlangsung dengan lancar dan diberikan kerjasama yang baik dari para peserta.
Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan para peserta mengenai Pengaturcaraan Microbit Future Skill for All (FS4A) iaitu asas input ouput, pemasangan litar LED, perintang dan mengeluarkan bunyi menggunakan buzzer bagi output yang siap di aturcara.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Membuat pengaturcaraan di makecode bagi mendapatkan output program yang dibuat.
• Kemudian download ke dalam papan microbit bagi mendapat output serta display di papan microbit.
• Peserta dapat melihat pengaturcaraan yang dibuat dan dipaparkan di papan microbit.
• Peserta juga diajar untuk mebuat pemasangan LED, bagi nyalaan lampu LED dengan menggunakkan papan microbit, perintang dan klip buaya.
• Peserta diajar juga untuk pemasangan buzzer dan membuat mata (LED) berkelip-kelip.
Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Peserta dapat belajar asas Pengaturcaraan Microbit- Future Skill 4 All (FS4A).
• Peserta dapat mengenali papan microbit, perintang, LED, buzzer dan klip buaya untuk pemasangan pada papan microbit.
• Peserta lebih kreatif untuk berfikir mengikut kehendak soalan bagi mendapat output pada papan microbit dengan menggunakan perisian makecode.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :