MEMBUAT TOPENG MATA BERTEMAKAN HARI MALAYSIA

Aktiviti terkini: 9 September 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital – PEDi Air Panas

Ringkasan Aktiviti:
• Program ini dibuat di PEDi Air Panas bersama adik-adik sekolah rendah.
• Para peserta diminta untuk mewarna topeng mata yang telah disediakan. Kemudian para peserta diminta untuk memotong topeng mata mengikut bentuk mata yang telah diwarnakan, menebuk lubang dan memasang getah bagi memudahkan para peserta untuk memakai topeng mata yang telah siap.

Tujuan Aktiviti :
• Program ini diadakan bagi melihat para peserta mewarna topeng mata bertemakan Hari Malaysia.
• Mewarna topeng mata mengikut warna bendera Malaysia.
• Mengeratkan silaturahim antara para peserta dan pekerja PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para peserta diminta mengambil tempat yang selasa untuk mewarna.
• Peserta diberikan topeng mata untuk diwarnakan.
• Peserta diberikan masa untuk mewarna topeng mata.
• Selesai mewarna, peserta mengambil gambar untuk kenangan.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memberi kesedaran kepada para peserta tentang warna bendera Malaysia.
• Mewarna mengikut warna bendera Malaysia.
• Peserta gembira dapat mewarnakan topeng mata bertemakan Hari Malaysia.


Nama VIP:
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :