KELAS MICROSOFT OFFICE WORD - KENALI FORMAT MUKA DEPAN PORTFOLIO

Aktiviti terkini: 8 Jun 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Paya Dalam

Ringkasan Aktiviti:
• Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
• Setelah memperkenalkan format dan penggunaan Microsoft Office Word kepada pelajar, pelajar diminta untuk mencipta satu mukasurat depan ‘portfolio’ mereka sendiri.

Tujuan Aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan penggunaan Microsoft Office Word kepada pelajar.
• Pelajar juga diperkenalkan dengan format dan cara membuat muka depan ‘portfolio’.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pelajar membuat pendaftaran sebelum kelas bermula.
• Pelajar diberi penerangan tentang format yang boleh digunakan untuk membuat muka depan ‘portfolio’.
• Pelajar diminta untuk membuat muka depan portfolio mereka sendiri.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Pelajar dapat mengetahui fungsi dan penggunaan Microsoft Office Word.
• Pelajar dapat diperkenalkan dengan format yang betul untuk membuat muka depan ‘portfolio’.
• Meningkatkan tahap kemahiran menaip menggunakan komputer.


Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :