BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2020

Aktiviti terkini | 13 DISEMBER 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Taman Paya Dalam, Melaka

Tujuan :
• Pembelajaran siri MIKROBIT ini akan digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran(PDP) di sekolah kepada murid-murid bermula pada tahun hadapan.
• Program ini berteraskan modul-modul yang dibina dalam bentuk digital dan mempunyai kelebihan seperti berikut:-

1. Berdasarkan kepada Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Modul Pengatucaraan subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT) bagi sekolah Rendah, Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK)bagi sekolah Menengah.
2. Modul-modul dan kit pengajaran yang dimuat naik ke pelantar digital ‘DELIMA’ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
3. Menggalakkan tahap pemahaman dan penguasaan pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (PDP) interaktif, praktikal dan menyeluruh.
4. Penyediaan laporan penguasaan pelajar yang berdaftar untuk tujuan penilaian dan pensijilan.


Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan tahap pemahaman dan penguasaan pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (PDP) interaktif, praktikal dan menyeluruh.
• Penyediaan laporan penguasaan pelajar yang berdaftar untuk tujuan penilaian dan pensijilan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :