Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Asal-Usul, dulu dinamakan Kampung Balik Bukit. Semasa itu orang Jawa datang disitu dan penduduk sudah ramai, mereka memilih tanah-tanah yang kosong dan berpaya. Tanah-tanah bukit telah dimiliki oleh orang-orang Cina dan Orang Inggeris. Maka orang-orang Jawa yang datang diminta untuk mengusahakan tanah-tanah paya. Jadi disebabkan banyak tanah-tanah paya dibuka untuk pertanian, maka nama kampung ini dinamakan Kampung Paya. Pada ketika itu, Kampung Paya Dalam mendapat nama ketika Sekolah di kawasan itu mahu dibuka pada tahun 1977.

Pada ketika itu sekolah berkenaan hendak diberikan nama adakah Sekolah Kampung Paya, tetapi pada ketika itu Pegawai Jabatan Pendidikan Melaka orang Melayu yang bernama Jamil bin Osman dan Inggeris. Oleh sebab perkampungan ini terletak jauh di pendalaman, mereka menamakan kampung tersebut dengan Kampung Paya Dalam, disebabkan kedudukan yang jauh di pendalaman bukan disebabkan payanya dalam. Jadi nama kampung dalam didapati ketika hendak merasmikan sekolah berkenaan dan nama kampung diberikan dengan Kampung Paya Dalam dan Sekolah Kampung Paya Dalam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


MICROSOFT OFFICE WORD – MENCIPTA JADUAL WAKTU KELAS 2024

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2024

Aktiviti ini telah dijalankan di PKD Bukit Bayan. Pelajar yang terlibat adalah dari pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dalam aktiviti ini...baca selanjutnya

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SUKANEKA TADIKA JAIM TAMAN PAYA DALAM

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024

Program ini merupakan Jamuan akhir tahun dan sukaneka untuk murid 5 dan 6 tahun. Program ini bagi meraihkan murid-murid sebelum tamat sesi sekolah 2023/2024...baca selanjutnya

MAJLIS GRADUASI DAN PENYAMPAIAN HADIAH SESI 2023/2024

Aktiviti Terkini | 7 Januari 2024

Program ini merupakan Majlis Graduasi dan penyampaian hadiah sesi 2023/2024...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya