INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Maklumat Asas untuk komuniti Paya Dalam

JKKK/JKKB :Kg. Paya Dalam
DAERAH :Melaka Tengah
PARLIMEN :P137 – Bukit Katil
DUN :N18 – Ayer Molek
NAMA PENGERUSI :Md Nazrie bin MoNADI
NO. TELEFON :012-976 0070
NAMA SETIAUSAHA :Zahirudin bin Hj. Markum
NO. TELEFON :013-691 6335
BIL. AHLI JKKK/JKKB :17 Orang
NAMA SIDANG :Nordin bin Ismail
NO. TELEFON :06-268 3458
KELUASAN KAMPUNG :150 Ekar Persegi
NAMA KAMPUNG :Kg Tengah
Kg Bukit Kechil
Kg Surau Batu
Kg Bukit Gadong
Kg Paya Meranti
Kg Batu Putih
Kg Tanjong Mak Midah
Kg Bukit Punggai
TAMAN PERUMAHAN :Taman Seri Paya Dalam
Taman Paya Dalam

Bilangan Penduduk
1. Lelaki = 1078
2. Perempuan = 1062

Info Penduduk:
1500 penduduk

Populasi Penduduk:
1. Melayu=1762
2. Cina=281
3. India=81
4. Bukan warganegara=16

Purata Umur Penduduk:
1). Warga Emas – Sederhana
2). Dewasa / Belia – Tinggi
3). Kanak-kanak - Tinggi

Purata Pekerjaan:
Bekerja sendiri
1). Petani=105
2). Penternak=5
3). Peladang=15
4). Peniaga=30
5). Tukang=40
6). Lain-lain=35
Bekerja di sektor
1). Kakitangan Kerajaan=250
2). Pekerja Swasta=240
3). Pesara=60
4). Tidak Bekerja=135

Rekreasi & Perlancongan

Kedudukan industri pelancongan yang semakin meningkat kepentingannya telah menjadikannya sebagai salah satu penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi negeri Melaka. Selaras dengan moto "Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia", Kerajaan Negeri Melaka telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menarik semakin ramai pelancong dari luar dan dalam negara untuk melawat negeri mempunyai banyak destinasi yang dianggap terindah di dunia kini.

Perkembangan pesat industri pelancongan di Melaka telah meningkatkan lagi kegiatan pertukaran wang asing, yang menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negeri, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Kerajaan Negeri Melaka lebih fokus dalam usaha memperbaharui kedudukan negara sebagai destinasi pelancongan luar negara utama, di samping meningkatkan usaha-usaha yang berterusan bagi mempromosikan pelancongan tempatan. Peluang terbuka luas kepada para usahawan, pemilik perniagaan dan pelabur yang menyokong sasaran Kerajaan. Antara tempat-tempat menarik di Kampung Paya Dalam dan merupakan tempat-tempat pelancongan yang popular di Melaka ialah:

PULAU BESAR



Mengambil masa selama 9 minit sahaja sejauh 7.3km untuk sampai ke Jeti untuk menaiki bot ke Pulau Besar.

Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar dan merupakan pulau yang terbesar sekali di Melaka. Ia merupakan sebuah pulau di luar pantai Melaka. Terletak 15km daripada Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.

Pulau Besar dikatakan penuh dengan sejarahnya yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Di antara tempat pelancongan yang menjadi tumpuan adalah seperti Makam Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail, Makam Syarifah Rodziah, Makam Saiyid Ibrahim (R.A), Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Keramat Masin Tawar, Istana Bunian, Perkampungan Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makan Seribu, Makam Tujuh Beradik, Makam Nisan Satu, Tapak Kaki Sultan Arifeen dan sebagainya. Pulau ini dianggap suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.

Terdapat chalet dan gerai-gerai yang disediakan bagi pelancong agar mereka dapat menikmati pantai yang cantik dan pemandangan yang indah. Chalet yang terdapat di sana adalah Hotel D Puteri Kurnia di No. Tel: +606 - 295 5899 / +606 - 293 8753

Untuk mencari lebih info tentang Pulau Besar, Melaka, boleh layari laman blogspot berikut http://portalmelakanews.blogspot.my/2009/07/misteri-pulau-besar-melaka.html

PERKAMPUNGAN IKAN BAKAR TERAPUNG



Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai mula beroperasi pada 1 Julai 2004 setiap hari mulai jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam. Perkampungan ini terletak kira-kira 16km daripada Bandar Melaka dan 7km daripada Kg Paya Dalam. Perkampungan ini mempunyai 24 lot gerai makanan, 6 unit lot kraftangan dan pelbagai, pentas terbuka, dewan khas (Dewan Seri Siakap), bilik seminar dan pengurusan, wakaf istirehat, jeti memancing dan pelantar paya bakau dan juga menara.

Kalau anda teringin nak makan ikan bakar anda memang sangat dijemput untuk pergi ke Ikan Bakar Pernu, Umbai. Disini kemahsyuran ikan bakarnya memang tak perlu diragui lagi. Satu bandar Melaka kenal dengan keasyikan rasa ikan bakar disini. Ikan yang segar dan pelbagai pilihan makanan laut disediakan. Ikan akan dibakar panas mengikut pilihan anda. Makanan lain seperti ketam, udang dan kerang turut disediakan. Anda hanya perlu memilih apa yang berkenan dihati. Hanya mengambil masa 10 minit sahaja daripada Taman Paya Dalam, Melaka.

Kemudahan Awam

Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semula jadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi.

Nasi Lemak dimasak dengan menggunakan ayam atau daging, kacang tanah, telur rebus dan sambal. Masakan lain yang popular adalah seperti asam pedas (ikan dan sayuran dimasak di dalam kuah asam pedas), rendang, nasi padang dan nasi goreng. Antara tempat makan yang menarik di Kampung Duyong Tengah ialah:


YOK MAMPIR CAFÉ



Terletak kira-kira 2km daripada Taman Paya Dalam. Kedai makan ini berkonsepkan makanan kampong. Terdapat makanan nasi campur dan juga makanan panas. Maksud perkataan Yok Mampir itu adalah mari datang. Ianya adalah perkataan daripada kaum jawa.

Beroperasi daripada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara kamanan yang terkenal di kedai ini adalah Nasi Ambang, Asam Pedas dan juga Lauk Pauk.


KEDAI MAKAN DI BAWAH POKOK



Kedai makan in mendapat nama sempena kedudukannya yang berda di bawah sepohon pokok. Menu utama di kedai ini adalah Asam Pedas yang dimasak setiap hari. Selain itu, terdapat mee rebus yang disediakan untuk sarapan pagi. Terletak hanya 100meter sahaja daripada lokasi Pusat Internet 1 Malaysia Taman Paya Dalam.

Antaranya:
1. Masjid Paya Redan Melaka
2. Surau Taman Ayer Molek Melaka
3. Madrasah Taman Bukit Lintang Indah Melaka
4. Madrasah Paya Dalam Melaka
5. Masjid Ar-Riduan Melaka
6. Pos Mini Tiang Dua
7. Surau Kampung Batu
8. Surau Kg Mak Midah Paya Dalam
9. Surau Kampung Bukit Nibong
10. Surau Kampung Paya Redan

Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil
Sekolah Kebangsaan Paya Dalam

Antaranya:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek Melaka
2. Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka
3. Sekolah Kebangsaan Ayer Molek Melaka
4. Sekolah Rendah Agama (Jaim) Ayer Molek Darat Melaka
5. Sekolah Kebangsaan Paya Dalam Melaka
6. Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang Melaka
7. Maahad Ar Rahmah Melaka
8. Tadika JAIM Taman Paya Dalam

Kisah Kejayaan

Mustaqim bin Jamil
Celik IT

Umur:
11 tahun

Email:
muhdakim578@gmail.com

Keahlian NADI:
10/4/2015

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Mustaqim bin Jamil adalah pelajar Sekolah Kebangsaan Paya Dalam dan beliau pelajar darjah 6. Sebelum mengenali Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) beliau tidak pandai menggunakan perisian komputer dan mencari maklumat di internet.tetapi setelah beliau mengikuti latihan ICT di Pusat Internet 1 Malaysia Taman Paya Dalam, beliau telah mahir dan pandai menggunakan perisian Microsoft Office dan mencari maklumat di internet dengan mudah cepat dan pantas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau tidak tahu cara menaip dengan betul dan cepat. Langkah dan cara menggunakan komputer dengan betul dan sesuai agar tidak berlaku kecuaian apabila tersalah taip.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas ICT di NADI Taman Paya Dalam, beliau terus berhati-hati dan tidak akan melayari laman –laman sesawang yang tidak bermoral dan boleh merosakan akhlak. Beliau lebih bijak dalam melayari internet dan cepat dah berkomunikasi bersama rakan-rakan di laman sesawang.

Maklumbalas Pendapat:
Pengurus/ Penolong Pengurus PI banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Bimbingan tentang ICT membuatkan beliau mahir dalam perisian Microsoft Office dan kerja-kerja kursus yang dilakukan.

Apa yang dipelajari melalui NADI:
- Mempelajari cara-cara untuk melayari internet.
- Mempelajari Microsoft Office bagi tugasan kerja dan folio.
- Mempelajari cara membuat Facebook dan melayari Internet bagi mendapatkan bahan yang diperlukan dengan mudah dan pantas.
- Mempelajari cara membuat email, facebook dan lain-lain.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Mustaqim bin Jamil:


Latihan ICT semasa sessi pembelajaran dan latihan kepada beliau.


Keusahawanan

1) Shikin Bridal’s


Nama : Puan Shikin
No. Tel : 013-610 1548
Alamat Butik:
Produk: Andaman, Pelamin dan Baju Kahwin
Blog / Website / facebook: https://www.facebook.com/shikin.bridals?fref=ts
Gambar :





2) HPD Murni Homestay


Nama : Puan Siti Morni
No. Tel : 013-6376873
Alamat: No 3 Jalan SPD 3 Taman Seri Paya Dalam, 75460 Melaka.
Produk: Homestay
Blog / Website / facebook: http://hpdmurni.blogspot.my ; https://www.facebook.com/HPDMurniHomestay/photos_stream
Gambar :





3) Melaka Kad Kawen Murah


Nama : Norhashimah Ahmad
No. Tel : 012-683 0214
Alamat: No. 48, Jalan 57, Taman Seri Telok Mas, 75460 Melaka
Produk: Printing service. Kad kahwin, T-shirt, Banner, Bunting, Yasin Doorgift. Online Shop.
Blog / Website / facebook: https://www.facebook.com/melakakadkawenmurah/
Gambar :