Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEdi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Asal-Usul, dulu dinamakan Kampung Balik Bukit. Semasa itu orang Jawa datang disitu dan penduduk sudah ramai, mereka memilih tanah-tanah yang kosong dan berpaya. Tanah-tanah bukit telah dimiliki oleh orang-orang Cina dan Orang Inggeris. Maka orang-orang Jawa yang datang diminta untuk mengusahakan tanah-tanah paya. Jadi disebabkan banyak tanah-tanah paya dibuka untuk pertanian, maka nama kampung ini dinamakan Kampung Paya. Pada ketika itu, Kampung Paya Dalam mendapat nama ketika Sekolah di kawasan itu mahu dibuka pada tahun 1977.

Pada ketika itu sekolah berkenaan hendak diberikan nama adakah Sekolah Kampung Paya, tetapi pada ketika itu Pegawai Jabatan Pendidikan Melaka orang Melayu yang bernama Jamil bin Osman dan Inggeris. Oleh sebab perkampungan ini terletak jauh di pendalaman, mereka menamakan kampung tersebut dengan Kampung Paya Dalam, disebabkan kedudukan yang jauh di pendalaman bukan disebabkan payanya dalam. Jadi nama kampung dalam didapati ketika hendak merasmikan sekolah berkenaan dan nama kampung diberikan dengan Kampung Paya Dalam dan Sekolah Kampung Paya Dalam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PEDI : EKSPRESI REMAJA POWER

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2021

Untuk mendapat maklumat dan pengetahuan yang lengkap dan mencukupi tentang seksualiti di kalangan remaja.........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PENGENALAN KEPADA PLATFORM SHOPEE – SESI 5

Aktiviti Terkini | 9 November 2021

Memberikan pendedahan kepada Ahli dan pengikut “Facebook Pages” tentang apa itu Pengenalan kepada Platform Shopee.........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM TALIAN

Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2021

Menerangkan kepada komuniti tentang pentingnya perlindungan kanak-kanak dalam talian.........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 3 Septembers 2021

Memberikan pendedahan kepada Ahli dan pengikut “Facebook Pages” tentang apa itu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan........baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PANDUAN MENANGANI STRESS

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2021

Memberikan pendedahan kepada Ahli dan pengikut “Facebook Pages” tentang apa itu stress dan cara menangani stress.......baca selanjutnya

KEILMUAN HINOPSIS KE ARAH PENYELESAIAN KECELARUAN JIWA

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2021

Memperkenalkan masyarakat Malaysia tentang apa itu hinopsis......baca selanjutnya

BACAAN YASIN BERSAMA GABUNGAN PUSAT INTERNET KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2021

Sama-sama kita doakan untuk keselamatan negara dan hapuskan virus covid-19 di muka bumi ini......baca selanjutnya

TAWARAN KHAS JARINGAN PRIHATIN - DIGI

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2021

Jom Tebus Rebat sehingga RM300 dengan DIGI Prepaid dan Postpaid.....baca selanjutnya

PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU DALAM KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 17 April 2021

Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Adalah Salah Satu Langkah Bagi Memerangi Pandemik Covid-19.. ...baca selanjutnya

TIPS UNTUK CEMERLANG DAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Aktiviti Terkini | 6 Mac 2021

15 tips untuk cemerlang dan persediaan menghadapi peperiksaan.. ...baca selanjutnya

PENGENALAN PUSAT INTERNET KOMUNITI TAMAN PAYA DALAM

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2021

Memperkenalkan Pusat Internet Komuniti Taman Paya Dalam kepada Penduduk Setempat dan orang ramai. ...baca selanjutnya

FUTURE SKILL 4 ALL (FS4A) : MICROBIT (PENGAJARAN 7,8,9 & 10)

Aktiviti Terkini | 2 & 9 JANUARI 2021

Program ini berteraskan modul-modul yang dibina dalam bentuk digital ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya