Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEdi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Asal-Usul, dulu dinamakan Kampung Balik Bukit. Semasa itu orang Jawa datang disitu dan penduduk sudah ramai, mereka memilih tanah-tanah yang kosong dan berpaya. Tanah-tanah bukit telah dimiliki oleh orang-orang Cina dan Orang Inggeris. Maka orang-orang Jawa yang datang diminta untuk mengusahakan tanah-tanah paya. Jadi disebabkan banyak tanah-tanah paya dibuka untuk pertanian, maka nama kampung ini dinamakan Kampung Paya. Pada ketika itu, Kampung Paya Dalam mendapat nama ketika Sekolah di kawasan itu mahu dibuka pada tahun 1977.

Pada ketika itu sekolah berkenaan hendak diberikan nama adakah Sekolah Kampung Paya, tetapi pada ketika itu Pegawai Jabatan Pendidikan Melaka orang Melayu yang bernama Jamil bin Osman dan Inggeris. Oleh sebab perkampungan ini terletak jauh di pendalaman, mereka menamakan kampung tersebut dengan Kampung Paya Dalam, disebabkan kedudukan yang jauh di pendalaman bukan disebabkan payanya dalam. Jadi nama kampung dalam didapati ketika hendak merasmikan sekolah berkenaan dan nama kampung diberikan dengan Kampung Paya Dalam dan Sekolah Kampung Paya Dalam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN AWAM BERSAMA KOMUNITI TSDS2

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2023

Program ini merupakan kolaborasi bersama Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong, Persatuan Penduduk Taman Seri Duyung Seksyen 2 dan BOMBA Melaka Tengah...baca selanjutnya

KINDERGARTEN LEARNING GAMES (SAFEKIDGAMES)

Aktiviti Terkini | 9 November 2023

Program ini merupakan kolaborasi bersama Tadika JAIM Taman Paya Dalam...baca selanjutnya

PROGRAM BIMBINGAN PENGGUNAAN APLIKASI CANVA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MELAKA TENGAH 2023 BERSAMA RAKAN PINTAR PEDI –KLUSTER MELAKA TENGAH

Aktiviti Terkini | 5 Oktober 2023

Program ini merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Melaka Tengah...baca selanjutnya

MEMBUAT TOPENG MATA BERTEMAKAN HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 9 September 2023

Program ini dibuat di PEDi Air Panas bersama adik-adik sekolah rendah. Para peserta diminta untuk mewarna topeng mata yang telah disediakan...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK – BERITA PALSU & ‘SCAMMER’ DALAM TALIAN BERSAMA KOMUNITI DUN DUYONG

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2023

Program ini dianjurkan bagi memberi pendedehan kepada komuniti berkenaan cara mengatasi berita palsu dan cara bagaimana untuk mengelakkan diri dari ditipu oleh ‘scammer’ dalam talian.................baca selanjutnya

PENGATURCARAAN MICROBIT – FUTURE SKILL FOR ALL (FS4A) PENGAJARAN 1, 2 & 3 (SESI 2)

Aktiviti Terkini | 9 Julai 2023

Memperkenalkan para peserta mengenai Pengaturcaraan Microbit Future Skill for All (FS4A) iaitu asas input ouput, pemasangan litar LED, perintang dan mengeluarkan bunyi menggunakan buzzer bagi output yang siap di aturcara................baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI REMAJA KafeTEEN@PEDi

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2023

Melalui program ini, pihak KafeTEEN Melaka telah berkongsi mengenai perkembangan awal remaja...............baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KLUSTER MELAKA TENGAH

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2023

Mengeratkan silaturahim antara pekerja PEDi..............baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA NUZUL AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 7 April 2023

Mengeratkan silaturahim antara cikgu, murid dan pekerja PEDi.............baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG ROYONG TANAH PERKUBURAN BUKIT KECHIL BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2023

Mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat............baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK & EDARAN SIMKAD PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 9 Februari 2023

Memberikan pendedahan kepada pelajar supaya tidak mudah terjebak dengan pengantunan dalam talian, buli siber, pengantunan seksual, buli siber dan penggunaan internet bermasalah...........baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (PENYALAHGUNAAN GAJET DAN APLIKASI SOSIAL MEDIA SERTA KESAN KEPADA MURID-MURID)

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2023

Memberikan pendedahan kepada murid-murid supaya tidak mudah terjebak dengan penyalahgunaan gajet pada zaman sekarang..........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya