PROGRAM GOTONG ROYONG TANAH PERKUBURAN BUKIT KECHIL BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT

Aktiviti terkini: 12 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Tanah Perkuburan Bukit Kechil, Paya Dalam.

Nama VIP:
• YB Dun Ayer Molek
• YB Datuk Rahmad bin Mariman

Ringkasan Aktiviti:
Penduduk kampung berkumpul sebelum melakukan aktiviti gotong royong. Pembahagian tugas kepada penduduk yang hadir bagi menjayakan program gotong royong. Penduduk mula melakukan aktiviti mengikut tugas yang diberikan.

Tujuan Aktiviti :
• Mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat.
• Membersih Tanah Perkuburan Bukit Kechil sebelum bulan ramahdan dan syawal.
• Memudahkan penduduk setempat apabila menziarahi tanah perkuburan yang telah kemas dan bersih.
• Membuang pokok-pokok yang telah mati dan digantikan dengan pokok-pokok baru.
• Memotong pokok-pokok yang besar supaya tidak memudaratkan penduduk apabila datang menziarahi tanah perkuburan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Memesin rumpat, mencabut rumput, memotong pokok-pokok besar dan mengantikan pokok-pokok yang telah mati.
• Daun-daun dan pokok yang kering dibakar agar bersih dan kemas.
• Semua penduduk kampung Bukit Kechil hadir bagi menjayakan program gotong royong tanah perkuburan.
• Program gotong royong berlangsung seperti yang telah ditetapkan dan siap pada masa yang diberikan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung.
• Tanah perkuburan kelihatan bersih, kemas dan tersusun serta memudahkan penduduk kampung dating menziarahi tanah perkuburan.
• Bekerja dalam kumpulan kecil dalam menyiapkan kerja-kerja gotong royong bersama-sama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :