PROGRAM BIMBINGAN PENGGUNAAN APLIKASI CANVA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MELAKA TENGAH 2023 BERSAMA RAKAN PINTAR PEDI –KLUSTER MELAKA TENGAH

Aktiviti terkini: 5 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital – PEDi Taman Paya Dalam

Ringkasan Aktiviti:
• Program ini merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Melaka Tengah.
• Program bimbingan penggunaan Aplikasi Canva di sampaikan oleh rakan pintar PEDi kepada guru-guru SMK Air Moleh, yang diwakili seramai 12 orang guru.
• Guru-guru diajar pengenalan dan penggunaan Aplikasi Canva tentang cara membuat Poster dan Video dengan menggunakan Aplikasi Canva.

Tujuan Aktiviti :
• Program ini diadakan bagi melihat sejauh mana tahap guru-guru menggunakan Aplikasi Canva.
• Guru-guru diminta untuk menyiapakan Poster dan Video selepas sesi pembelajaran.
• Mengeratkan silaturahim di antara guru-guru, PPD Melaka Tengah dan rakan pintar PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Guru-guru diminta untuk duduk di tempat yang disediakan.
• Guru-guru diajar pengenalan dan penggunaan Aplikasi Canva tentang cara membuat Poster dan Video dengan menggunakan Aplikasi Canva.
• Guru-guru diminta untuk menyiapkan tugasan Poster dan Video selepas sesi pembelajaran.
• Guru-guru diminta untuk menghantar tugasan yang telah siap di Link Google Drive yang disediakan untuk semakan PPD Melaka Tengah.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Guru-guru dapat belajar cara mudah membuat Poster dan Video dengan menggunakan Aplikasi Canva.
• Memudahkan guru-guru untuk mengajar pelajar menggunakan Aplikasi Canva selepas program ini.
• Guru-guru menyambut baik program kolaborasi yang dijalankan oleh Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Melaka Tengah.


Nama VIP:
• Pegawai Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Encik Hafiz bin Nawawi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :