PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA NUZUL AL-QURAN

Aktiviti terkini: 7 April 2023

Tempat Aktiviti:
Tadika JAIM Taman Paya Dalam

Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti:
Murid-murid duduk ditempat masing-masing. Sesi pengagihan kertas untuk mewarna kepada murid-murid tadika. Masa diberikan selama sejam untuk murid-murid menyiapkan kertas untuk mewarna. Semua murid-murid mewarna gambar berkaitan Nuzul Al-Quran sehingga siap. Setelah masa yang diberikan tamat, cikgu mengumpul semua kertas yang siap diwarna untuk penilaian pemenang.

Tujuan Aktiviti :
• Mengeratkan silaturahim antara cikgu, murid dan pekerja PEDi.
• Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang Nuzul Al-Quran.
• Memberikan pendedahan kepada murid-murid cara mewarna dengan cantik dan kemas.
• Dapat melihat kreativiti murid-murid mewarna dengan lukisan yang diberikan.
• Murid-murid dapat mengetahui warna yang sesuai dengan gambar yang diberikan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Murid-murid mewarna kertas dengan alat tulis yang disediakan oleh pihak Tadika.
• Melihat kekemasan murid-murid mewarna lukisan yang diberikan.
• Melihat kreativiti murid-murid dalam penggunaan warna.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mengeratkan silaturahim antara cikgu, murid-murid dan pekerja PEDi.
• Dapat melihat kreativiti murid-murid dalam mewarna.
• Murid-murid diberikan pendedahan berkaitan Nuzul Al-Quran.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :