PROGRAM ADVOKASI REMAJA KafeTEEN@PEDi

Aktiviti terkini: 18 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Terendak Permai, Melaka.

Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti:
Semua peserta, pegawai-pegawai dari KafeTEEN Melaka dan staf PEDi berkumpul bagi meneruskan aktiviti yang akan diadakan. Pihak KafeTEEN Melaka memperkenalkan KAfeTEEN Melaka kepada semua peserta. Seterusnya “Teen Talk: Remaja dan Cinta”. Akhir aktiviti sembang santai bersama Kounselor KAfeTEEN Melaka.

Tujuan Aktiviti :
• Melalui program ini, pihak KafeTEEN Melaka telah berkongsi mengenai perkembangan awal remaja.
• Dalam masa yang sama menggunakan aktiviti modul bertajuk "Cerminkan Saya".
• Diharapkan peserta yang terlibat akan mendapat manfaat dari program yang dilaksanakan.
• Peserta lebih mengenali diri mereka di peringkat sekarang dan akan datang.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Melukis gambar orang yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dikehendaki oleh pihak KafeTEEN Melaka.
• Membentangkan lukisan yang siap dilukis dan ditandakan mengikut apa yang dikehendaki.
• Para peserta diberikan peluang berkomunikasi dengan pihak KafeTEEN Melaka serta bertanyakan soalan jika tidak faham tentang topik yang diajar.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mengeratkan silaturahim antara peserta, staf PEDi dan pegawai dari KafeTEEN Melaka.
• Bertukar pandangan dan pendapat bagi memastikan peserta dapat belajar tentang topik yang dibincangkan.
• Peserta dapat berkomunikasi dan belajar perkara baru dari pihak KafeTEEN Melaka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :