PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN AWAM BERSAMA KOMUNITI TSDS2

Aktiviti terkini: 10 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital – PEDi Taman Seri Duyong 2

Ringkasan Aktiviti:
• Program ini merupakan kolaborasi bersama Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong, Persatuan Penduduk Taman Seri Duyung Seksyen 2 dan BOMBA Melaka Tengah.
• ntara aktiviti yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak (5-9 Tahun), Pertandingan Teka Tajuk Buku (10-12Tahun), Kuiz E-Learning (Tahap 2 dan Menengah Rendah), Aktiviti Bersama Bomba, Demonstrasi dan Taklimat, Soopa Doopa Hadiah Misteri dan Penyampaian Hadiah.

Tujuan Aktiviti :
• Mengeratkan silaturahim antara penduduk taman dengan pekerja Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong dan Pusat Ekonomi Digital – PEDi Taman Seri Duyong 2.
• Memberi kesedaran keselamatan awam kepada Penduduk Taman Seri Duyung Seksyen 2.
• Melihat kreativiti adik-adik dalam pertandingan mewarna, teka tajuk buku dan E-Learning.
• Terdapat juga pameran BOMBA dan Ar-Rahnu.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi pendaftaran pengujung di meja Persatuan Penduduk Taman Seri Duyung Seksyen 2.
• Peserta diminta untuk pergi ke bahagian-bahagian aktiviti yang diikuti.
• Sebahagian yang tidak mengikuti aktiviti diminta untuk mendengar ceramah kesedaran keselamatan awam dari pihak BOMBA.
• Terdapat juga pameran Ar-Rahnu dan BOMBA.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Penduduk diberikan kesedaran keselamatan awam dari pihak BOMBA.
• Mengeratkan silaturahim antara penduduk dengan berkumpul dalam program ini.
• Anak-anak dapat mengikuti aktiviti dan pertandingan yang diadakan.


Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :