Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Asal-Usul, dulu dinamakan Kampung Balik Bukit. Semasa itu orang Jawa datang disitu dan penduduk sudah ramai, mereka memilih tanah-tanah yang kosong dan berpaya. Tanah-tanah bukit telah dimiliki oleh orang-orang Cina dan Orang Inggeris. Maka orang-orang Jawa yang datang diminta untuk mengusahakan tanah-tanah paya. Jadi disebabkan banyak tanah-tanah paya dibuka untuk pertanian, maka nama kampung ini dinamakan Kampung Paya. Pada ketika itu, Kampung Paya Dalam mendapat nama ketika Sekolah di kawasan itu mahu dibuka pada tahun 1977.

Pada ketika itu sekolah berkenaan hendak diberikan nama adakah Sekolah Kampung Paya, tetapi pada ketika itu Pegawai Jabatan Pendidikan Melaka orang Melayu yang bernama Jamil bin Osman dan Inggeris. Oleh sebab perkampungan ini terletak jauh di pendalaman, mereka menamakan kampung tersebut dengan Kampung Paya Dalam, disebabkan kedudukan yang jauh di pendalaman bukan disebabkan payanya dalam. Jadi nama kampung dalam didapati ketika hendak merasmikan sekolah berkenaan dan nama kampung diberikan dengan Kampung Paya Dalam dan Sekolah Kampung Paya Dalam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2020

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2020

Menggalakkan tahap pemahaman dan penguasaan pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (PDP) interaktif, praktikal dan menyeluruh...baca selanjutnya

ADVOKASI “KLIK DENGAN BIJAK”

Aktiviti Terkini | 14 NOVEMBER 2020

Memberi kesedaran kepada pengguna internet tentang klik dengan bijak dalam laman sosial....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI MIV BERSAMA KOMUNITI 2020 2.0

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2020

Memberi kesedaran kepada pengguna bahawa betapa penting dalam memberi maklumat yang sahih dan betul....baca selanjutnya

BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2020 1.0

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Memberi kesedaran kepada pengguna internet supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak tepat....baca selanjutnya

Kelas Berniaga Online Melalui Shopee Bersama KKMM & MDEC

Aktiviti Terkini |13 & 14 Ogos 2020

Memperkenalkan cara mempromosikan produk jualan melalui Laman Facebook (Facebook Pages), Instagram bisnes dan akaun platfom Shopee....baca selanjutnya

TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2020

Memperkenalkan alat-alat kebakaran....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

KARNIVAL KERJAYA JOBSMALAYSIA @ MELAKA 2020 (MITC HALL AYER KEROH, MELAKA)

Aktiviti Terkini |7 Mac 2020

Memberi peluang kerja pada yang sedang mencari pekerjaan....baca selanjutnya

ADVOKASI “KLIK DENGAN BIJAK”DI SMKA TUN PERAK, JASIN, MELAKA.

Aktiviti Terkini |19 Februari 2020

Merapatkan jurang digital antara satu sama lain...baca selanjutnya

KARNIVAL KERJAYA 2020 BERSAMA JOBMALAYSIA (MELAKA) DI POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA.

Aktiviti Terkini |2 Jan 2020

Merapatkan jurang digital antara satu sama lain....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya