KELAS MICROSOFT OFFICE WORD - BELAJAR CARA MEMFORMAT PERENGGAN

Aktiviti terkini: 8 Ogos 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Paya Dalam

Ringkasan Aktiviti:
• Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini adalah merupakan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
• Rakan Pintar NADI menerangkan cara memformat perengan pada Microsoft Office Word kepada pelajar.
• Pelajar juga diminta untuk membuat satu karangan pendek yang bertemakan tentang Malaysia.

Tujuan Aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan fungsi dan penggunaan Microsoft Office Word kepada pelajar.
• Selain itu, dapat memperkenalkan format untuk mencipta perenggan semasa membuat karangan.
• Pelajar juga diajar cara untuk membuat karangan pendek.
• Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat patriotik pelajar.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pelajar diberi penerangan tentang cara membuat fail baru pada Microsoft Office Word.
• Rakan Pintar NADI menerangkan format dan cara untuk membuat perangan pada karangan yang dicipta.
• Pelajar mencipta karangan pendek berperanggan yang bertemakan Malaysia.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Pelajar dapat mengetahui fungsi dan penggunaan Microsoft Office Word.
• Pelajar dapat belajar cara untuk membuat format perenggan dalam penulisan karangan.
• Meningkatkan tahap kemahiran menaip menggunakan komputer.


Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :