Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Asal-Usul, dulu dinamakan Kampung Balik Bukit. Semasa itu orang Jawa datang disitu dan penduduk sudah ramai, mereka memilih tanah-tanah yang kosong dan berpaya. Tanah-tanah bukit telah dimiliki oleh orang-orang Cina dan Orang Inggeris. Maka orang-orang Jawa yang datang diminta untuk mengusahakan tanah-tanah paya. Jadi disebabkan banyak tanah-tanah paya dibuka untuk pertanian, maka nama kampung ini dinamakan Kampung Paya. Pada ketika itu, Kampung Paya Dalam mendapat nama ketika Sekolah di kawasan itu mahu dibuka pada tahun 1977.
Pada ketika itu sekolah berkenaan hendak diberikan nama adakah Sekolah Kampung Paya, tetapi pada ketika itu Pegawai Jabatan Pendidikan Melaka orang Melayu yang bernama Jamil bin Osman dan Inggeris. Oleh sebab perkampungan ini terletak jauh di pendalaman, mereka menamakan kampung tersebut dengan Kampung Paya Dalam, disebabkan kedudukan yang jauh di pendalaman bukan disebabkan payanya dalam. Jadi nama kampung dalam didapati ketika hendak merasmikan sekolah berkenaan dan nama kampung diberikan dengan Kampung Paya Dalam dan Sekolah Kampung Paya Dalam.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KDB Dan Hari Bersama Komuniti Di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Terendak Permai, Melaka.
Aktiviti Terkini | 17 Disember 2016PI1M Paya Dalam & berberapa PI1M Negeri Melaka, telah dijemput bersama-sama menjayakan KDB & Hari Terbuka Pi1M Terendak Permai, Melaka. baca selanjutnya
Hari Bersama Komuniti Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg. Parit Penghulu Benteng, Melaka.
Aktiviti Terkini | 27 November 2016Mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat dengan pekerja PI1M. baca selanjutnya
Bengkel Aplikasi dan Lego (Robotik) #BAL 2016 Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Serkam, Merlimau, Jasin, Melaka..
Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2016Memberi pengalaman kepada pelajar tentang pembelajaran secara hands on seterusnya memupuk minat mereka terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)..
Membantu peserta menambah pengetahuan memandangkan perkembangan minat yang mendalam remaja-remaja kepada teknologi robot pada masa kini.
Menghasilkan satu impak positif bagi komuniti PI1M khususnya menggalakkan minat para pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
baca selanjutnya
Perasmian dan Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Taman Seri Kemendor, Jasin, Melaka.
Aktiviti Terkini | 17 September 2016Mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat dengan pekerja PI1M. baca selanjutnya
Bengkel “My Komuniti Kreatif”.
Aktiviti Terkini|20 Ogos 2016My komuniti kreatif adalah sebuah platform dalam menggalakan komuniti secara individu ataupun berkumpulan dalam menghasilkan kandungan khusus untuk masyarakat setempat dalam bentuk video tutorial, panduan, tips kaedah, cara penggunaan, petua, resepi atau lain-lain kandungan yang sesuai dimuatnaik di laman atas talian seperti YouTube,My1Content, vimeo atau Instagram. baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.
Berita TerkiniUntuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.baca selanjutnya
Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama Tadika JAIM dan JKKK Taman Paya Dalam.
Aktiviti Terkini | 15 Julai 2016Mengeratkan silaturahim.
Merapatkan hubungan antara pihak tadika dan pusat internet.
Mengenali lebih dekat kanak-kanak tadika dan cikgu.
baca selanjutnya
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016. MEMPERKASAKAN REMAJA DIGITAL DENGAN GAYA HIDUP SIHAT
Berita TerkiniKlik Dengan Bijak & Taklimat Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer
Aktiviti Terkini | 02 & 03 Jun 2016Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak & Taklimat Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer. Antara aktiviti yang dijalankan iaitu:-
Kempen “Klik Dengan Bijak”.
Pengenalan, Pemasangan & Penyelenggaraan Perkakasan.
Pengenalan, Penyelenggaraan & Kemahiran Perisian.
baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak & Taklimat Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer
Aktiviti Terkini | 25 & 26 Mei 2016Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak & Taklimat Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer. Antara aktiviti yang dijalankan iaitu:-
Kempen “Klik Dengan Bijak”.
Pengenalan, Pemasangan & Penyelenggaraan Perkakasan.
Pengenalan, Penyelenggaraan & Kemahiran Perisian.
baca selanjutnya
Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016
Aktiviti Terkini|18 - 19 Mei 2016Program Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016 telah diadakan pada 18-19 Mei 2016 di Lotus Beach Resort, Kota Tinggi, Johor. baca selanjutnya
Karnival Kerjaya & Keusahawanan
3 April 2016 | Aktiviti TerkiniProgram ini dikendalikan oleh pihak Pemuda UMNO Melaka. Ini adalah salah satu program kerjasama di antara semua Pusat Internet 1 Malaysia kawasan Melaka di bawah kelolaan CCM & DiGi. baca selanjutnya
BERSAMA PELAJAR SEKOLAH SK PAYA DALAM
18 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniMemberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet . baca selanjutnya
MESYUARAT BERSAMA JKKK
19 February 2016 | Aktiviti TerkiniMerapatkan lagi hubungan bersama penduduk disekitar Taman Paya Dalam dan member pendedahan mengenai tujuan PI1M Paya Dalam ditubuhkan baca selanjutnya
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif
Berita TerkiniPertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya
Kelas Keusahawanan
30 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniMemberi pendekatan dan latihan kepada pengurus / penolong pengurus tentang modul-modul pembelajaran untuk kelas keusahawanan dan bagaimana untuk medapatkan lebih ramai peserta. baca selanjutnya