Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Asal-Usul, dulu dinamakan Kampung Balik Bukit. Semasa itu orang Jawa datang disitu dan penduduk sudah ramai, mereka memilih tanah-tanah yang kosong dan berpaya. Tanah-tanah bukit telah dimiliki oleh orang-orang Cina dan Orang Inggeris. Maka orang-orang Jawa yang datang diminta untuk mengusahakan tanah-tanah paya. Jadi disebabkan banyak tanah-tanah paya dibuka untuk pertanian, maka nama kampung ini dinamakan Kampung Paya. Pada ketika itu, Kampung Paya Dalam mendapat nama ketika Sekolah di kawasan itu mahu dibuka pada tahun 1977.

Pada ketika itu sekolah berkenaan hendak diberikan nama adakah Sekolah Kampung Paya, tetapi pada ketika itu Pegawai Jabatan Pendidikan Melaka orang Melayu yang bernama Jamil bin Osman dan Inggeris. Oleh sebab perkampungan ini terletak jauh di pendalaman, mereka menamakan kampung tersebut dengan Kampung Paya Dalam, disebabkan kedudukan yang jauh di pendalaman bukan disebabkan payanya dalam. Jadi nama kampung dalam didapati ketika hendak merasmikan sekolah berkenaan dan nama kampung diberikan dengan Kampung Paya Dalam dan Sekolah Kampung Paya Dalam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


SPOT THE DIFFERENCE GAMES

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2019

Mengeratkan silaturahim antara peserta dengan staf pi....baca selanjutnya

KARNIVAL KERJAYA 2019 BERSAMA JOBMALAYSIA (MELAKA) DI POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA

Aktiviti Terkini |19 November 2019

Merapatkan jurang digital antara satu sama lain....baca selanjutnya

HARI TERBUKA BERSAMA KOMUNITI TAMAN PAYA DALAM

Aktiviti Terkini |25 Oktober 2019

Beramah mesra dengan penduduk kampong dengan aktiviti yang dianjurkan....baca selanjutnya

JIGSAW PUZZLES ONLINES

Aktiviti Terkini | 22 September 2019

Memperkenalkan Pusat Internet kepada penduduk kampung....baca selanjutnya

KARNIVAL 2019 – KAMPUNG BUKIT NIBONG ANJURAN MPKK

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2019

Mengeratkan silaturahim antara penduduk dengan MPKK kampung...baca selanjutnya

KARNIVAL KERJAYA 2019 BERSAMA JOBMALAYSIA (MELAKA)

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2019

Objektif penganjuran adalah memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti dan Mengeratkan silaturahim pada semua yang terlibat di samping dapat Memberi peluang kerja pada yang sedang mencari pekerjaan...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA TADIKA JAIM TAMAN PAYA DALAM

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2019

Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta dengan pekerja Pusat Internet...baca selanjutnya

Sambutan Hari Guru Dan Cyber Grooming(Pengantunan Dalam Talian)”Klik Dengan Bijak”

Aktiviti Terkini | 3 Mei 2019

Melihat tahap kreativiti dan kepantasan peserta dalam program yang disediakan... baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak Di Sekolah Kebangsaan Serkam Darat, Melaka

Aktiviti Terkini | 3 April 2019

Dapat melihat bagaimana peserta peka dengan program yang disampaikan dan melihat tahap kreativiti dan kepantasan peserta dalam program yang disediakan... baca selanjutnya

Program Advokasi ‘Klik Dengan Bijak' Di Sekolah Kebangsaan Alai

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2019

Dapat melihat bagaimana peserta peka dengan program yang disampaikan dan melihat tahap kreativiti dan kepantasan peserta dalam program yang disediakan... baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna & Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2019

Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta dengan pekerja Pusat Internet dan melihat bagaimana peserta peka dengan program yang disampaikan... baca selanjutnya

Rapid Typing – Education Games Onlines

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta dengan pekerja Pusat Internet dan melihat bagaimana peserta peka dengan program yang disampaikan... baca selanjutnya